• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Akan Larang Jemaah Masak Di Bilik Hotel

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Kementerian Agama Indonesia (Kemenag) akan melarang jemaah memasak di bilik hotel susulan kejadian kebakaran akibat periuk nasi dibiarkan bernyala ketika penghuninya menunaikan ibadat umrah.

Menteri, Lukman Hakim Saifuddin, berkata peristiwa itu menjadi pengajaran kepada pihaknya supaya melakukan pembaharuan dari segi peraturan susulan kebakaran di tingkat lapan Hotel Sakkab Al Barakah wilayah Aziziah, di sini, kelmarin.

“Pada masa akan datang, kita akan menguatkuasakan larangan dengan lebih tegas supaya tidak melakukan aktiviti memasak di dalam bilik,” katanya ketika mengunjungi penempatan 403 jemaah yang masih diasingkan.

Kebimbangan penggunaan alat memasak elektrik yang digunakan jemaah tidak mustahil menyebabkan kebakaran berulang apabila mereka lupa untuk menutup suis ketika meninggalkan peralatan itu dalam tempoh lama untuk pergi beribadat.

Kemenag berkata, pihaknya berharap kejadian kebakaran sehingga menyebabkan jemaahnya terpaksa dipindahkan akan menjadi pengajaran kepada jemaah dari negara lain. “Pemilik hotel sendiri meminta pihak berkuasa memantau jemaah haji supaya tidak menggunakan peralatan memasak elektrik dalam bilik,” katanya.

Kemenag mengakui pihaknya mempunyai masalah sebagai Penyelaras Penyelenggara Haji Indonesia (PPIH) yang hanya menyediakan katering untuk hidangan 15 kali pada waktu siang sepanjang berada di bandar ini untuk mengerjakan haji.

“Apalagi keadaan Makkah ketika ini sangat berbeza dengan tahun sebelumnya.

Tidak mudah mendapatkan makanan yang dijual seperti dulu di sepanjang kaki lima,” katanya. Ketika ini, kerajaan Arab Saudi mengenakan peraturan ketat berkaitan penjualan makanan siap dimasak di tepi jalan.

“Tahun depan kita merancang untuk menambah pemberian makanan selama mana jemaah berada di Makkah. Sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sehari seperti dilakukan di Madinah,” katanya. – AGENSI

https://youtu.be/I8-aBVgBXHI

Tags: jemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd