• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Generasi Muda Jangan Lupa Hargai, Hormati Pemimpin Kini, Dahulu

oleh Ahmad Albab
18/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEDANG – Generasi muda seharusnya tidak melupakan nilai ‘menghargai dan menghormati’ pemimpin kini dan terdahulu dalam memastikan negara terus berada di hadapan berbanding negara lain.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekiranya tiada nilai itu, ia menunjukkan seolah-olah anak muda tidak pandai berterima kasih kepada kerajaan dan tidak menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh pemimpin.

“Sekiranya tiada mereka (pemimpin terdahulu), negara tidak akan membangun seperti sekarang, sebab itu kita sebagai anak muda perlu menghormati dan menghargai mereka yang menyumbangkan bakti buat negara,” kata beliau ketika merasmikan majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Membara anjuran Umno Bahagian Pagoh di Dewan Geliga, Grisek, di sini Jumaat.

Selain itu, Anggota Parlimen Pagoh itu turut berkata rakyat seharusnya bijak menilai sebelum menyertai mana-mana perhimpunan kerana ada kalanya ia dibayangi agenda tertentu dan menjadikan ia seolah-olah platform untuk menyuarakan keinginan rakyat.

“Sebab itu penting untuk kita sekarang menghubungkan kerjasama dan perpaduan dalam rakyat agar mereka boleh berganding bahu bagi memajukan negara,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Sementara itu, ketika merasmikan Majlis Perjumpaan Bersama Masyarakat Tiong Hua di Dewan Tokong Poh Ling Dian di Pagoh, Muhyiddin sekali lagi menegaskan kepentingan persefahaman kaum. – BERNAMA

Tags: Belia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd