• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Perlu Kreatif Tarik Pelancong – Ketua Menteri

oleh Ahmad Albab
18/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Melaka perlu kreatif dalam usaha menarik lebih ramai pelancong terutamanya dari luar negara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata ia kerana Melaka merupakan negeri pelancongan yang mempunyai pelbagai daya tarikan termasuk destinasi pelancongan terkenal dan tinggalan sejarah yang boleh digunakan secara kreatif untuk menarik tumpuan pelancong dari serata dunia.

“Industri pelancongan adalah penyumbang terbesar bagi ekonomi negeri Melaka dan kerajaan negeri memang mengalu-alukan program kreatif melibatkan pelancongan terutama dari deligasi antarabangsa seperti China Asean International Touring Assembly (CAITA) pada hari ini.

“Program antarabangsa memberi impak yang tinggi pada ekonomi negeri selain mampu menaikkan imej atau nama Melaka di mata dunia yang membantu kita menarik lebih ramai pelancong,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan Konvoi CAITA 2015 di sini Jumaat.

Dalam majlis itu beliau melepaskan konvoi peserta CAITA dari Nanning, China disertai kira-kira 20 kenderaan pacuan empat roda membabitkan kira-kira 100 peserta yang menjelajah ke beberapa negara Asean termasuk Vietnam, Thailand dan Malaysia.

Idris berkata agensi terlibat perlu merangka dan melaksanakan pelbagai usaha dan strategi yang kreatif untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menyeru semua pihak di negara ini agar tidak menyentuh isu atau perkara membabitkan sensitivi kaum atau bangsa tertentu yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

Katanya ia kerana tidakan itu dikhuatiri mengundang reaksi negatif sehingga menggugat keamanan dan kemakmuran negara dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia serta merugikan pelbagai pihak.

“Kita perlu bersama-sama menghargai apa yang telah dikecapi negara sehingga hari ini agar kita dan generasi seterusnya dapat menikmati kehidupan yang sempurna,” katanya. – BERNAMA

Tags: Idris HaronMelaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd