• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berhati-hati Dengan Anjing Tidak Bertuan – Ahmad Shabery

oleh Ahmad Albab
26/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Orang ramai terutama di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila atau Rabies dinasihatkan berhati-hati apabila melihat anjing tidak bertuan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata orang ramai juga perlu mendapatkan rawatan segera di hospital sekiranya digigit anjing memandangkan tempoh Inkubasi Rabies adalah sehingga enam bulan.

“Pergerakan anjing (di kawasan jangkitan Rabies) kini dikawal lebih 200 pegawai veterinar. Mereka mendapat kerjasama dari pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan dalam mengawal jangkitan tersebut.

“Pemilik anjing pula perlu memastikan anjing masing-masing mendapatkan vaksin dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Fertigasi Agropreneur Muda di Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Kompleks Jabatan Pertanian Serdang dekat sini, Jumaat.

Ahmad Shabery berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan beberapa kes dikesan di tiga negeri tersebut.

Penyakit anjing gila telah diisytiharkan di Perlis pada 19 Ogos lepas manakala Kedah dan Pulau Pinang, masing-masing semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini, penyakit anjing gila merupakan penyakit zoonotic (penyakit yang boleh menjangkiti manusia daripada anjing).

Virus itu boleh menjangkiti anjing melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit, air liur, cairan atau tisu tubuh yang terjangkit.

Penyakit ini menyerang sistem saraf anjing dan boleh menjangkiti manusia melalui gigitan anjing yang terjangkit. – BERNAMA

Tags: anjing gila
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sarawak Catat Kes Kematian Ke-17 Jangkitan Rabies

01/06/2019
0

PUTRAJAYA - Seorang lelaki berusia 26 tahun berasal dari Kuching, Sarawak disahkan meninggal dunia akibat jangkitan rabies kira-kira jam 9.51...

Vaksin Percuma Cegah Penyakit Anjing Gila Di Miri

05/10/2018
0

MIRI – Kempen pemberian vaksin percuma bagi mencegah penyakit anjing gila atau rabies di bandar raya ini akan diadakan selama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd