• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Berkompromi Dalam Perihal Keselamatan

oleh Ahmad Albab
18/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan negara dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengancamnya, termasuk tindakan menggugat sensitiviti kaum lain, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata mana-mana pihak, baik daripada peserta perhimpunan Bersih mahupun dari kumpulan ‘Baju Merah’, yang melanggar arahan pihak berkuasa, pastinya akan dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang.

“Kerajaan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana bagi saya ia adalah penting untuk memberikan ruang kepada rakyat untuk bersuara.

“Jika tidak diberikan ruang ini, mereka akan mencari jalan lain untuk menyuarakan pendapat mereka,” katanya.

Najib berkata demikian dalam laman Twitter dan blognya, najibrazak.com, bertajuk “Kerajaan tidak akan berkompromi dengan hal keselamatan” hari ini.

Perdana Menteri turut turut memuatkan petikan rakaman audio beliau di blognya yang berdurasi selama dua minit.

Najib berkata perhimpunan Bersih telah diharamkan kerana objektif mereka adalah untuk menjatuhkan kerajaan di samping berdemonstrasi berhampiran tempat persiapan perarakan Hari Kebangsaan.

Bagaimanapun, perhimpunan berkenaan tetap diteruskan tanpa sekatan pihak berkuasa, katanya.

Najib berkata pada masa yang sama, ada pula yang mempersoalkan keputusan pihak berkuasa membenarkan kumpulan ‘Baju Merah’ berhimpun.

“Saya dimaklumkan oleh pihak polis bahawa kebenaran diberikan kerana pertama, mereka tidak berniat menjatuhkan Kerajaan dan kedua, tiada persiapan perarakan berlangsung di tempat mereka mahu berdemonstrasi dan ketiga, mereka telah mendapat kebenaran DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).

“Sebab itulah apabila mereka menceroboh kawasan larangan, pihak berkuasa telah bertindak menyuraikan mereka walaupun terpaksa menggunakan meriam air,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata polis juga sedang menyiasat mereka yang terlibat mencetuskan unsur perkauman dan sesiapa yang bersalah tetap akan didakwa di bawah Akta Hasutan.

‘Himpunan Rakyat Bersatu’ dengan memakai ‘Baju Merah’ berlangsung di Padang Merbok di ibu negara pada Rabu lalu, diterajui Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) yang dianjurkan sebagai tindak balas membantah perhimpunan Bersih 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lepas. – BERNAMA

Tags: KerajaanNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd