• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

157,500 Paket Rokok Seludup Dirampas Di Kota Tinggi

oleh Ahmad Albab
17/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas sejumlah 157,500 paket rokok kretek bernilai RM302,400 dalam serbuan di kawasan pantai Tanjung Kelisa, Kota Tinggi, dekat sini semalam.

Komander pasukan itu, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata serbuan dilakukan kira-kira 4 pagi ketika lima suspek sedang memunggah kotak dipercayai rokok seludup ke dalam sebuah lori.

Beliau berkata ketika menyedari kehadiran polis, kesemua suspek melarikan diri ke dalam hutan berhampiran dan polis bertindak mengejar mereka, namun tidak menjumpai apa-apa.

Pemeriksaan ke atas lori kemudian mendapati ia sarat dengan muatan rokok kretek pelbagai jenama yang dipercayai cuba diseludup ke negara ini dari negara jiran untuk pasaran di Semenanjung Malaysia.

Rokok-rokok itu juga mempunyai nilai cukai kira-kira RM1.9 juta, kata Paul pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata polis kini sedang menyiasat pemilik lori berkenaan dan kes itu disiasat di bawah Seskyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana menyeludup barang bercukai.

Dalam pada itu, beliau berkata daripada awal tahun ini sehingga semalam, PPM Wilayah Dua melakukan 52 kes rampasan rokok seludup dengan nilai kira-kira RM3.6 juta termasuk cukai.

Selain itu, katanya tiga buah bot laju, empat enjin sangkut dan 11 kenderaan bernilai hampir setengah juta, dirampas kerana terlibat dalam aktiviti penyeludupan. – BERNAMA

Tags: Rokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd