• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang Diisytihar Kawasan Penyakit Anjing Gila

oleh AK-47
19/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pulau Pinang telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan berlaku dua kes yang membabitkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang dewasa berusia 44 tahun.

Sehubungan itu Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengeluarkan Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 yang memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Ekoran daripada perintah yang saya keluarkan, semua langkah yang perlu akan diambil untuk menghapuskan anjing liar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya tiada sebarang penguatkuasaan dijalankan, beliau akan mengambil tindakan terhadap pegawai terbabit memandangkan keadaannya adalah mencemaskan dan perlu ditangani segera.

Kes anjing gila atau ‘rabies’ mula dikesan selepas seorang lelaki digigit anjing di Pokok Sena, Seberang Perai Utara pada 8 Sept lalu dengan kes kedua dilapor pada 15 Sept lepas di Taman Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Daerah Barat Daya berikutan seorang kanak-kanak turut digigit anjing.

Lim berkata kerajaan negeri bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan turut menubuhkan ‘Jawatankuasa Pengawalan Wabak Rabies’ untuk memulakan operasi pengawalan dan pembasmian anjing.

“Operasi ini melibatkan penangkapan, pemusnahan dan pelupusan semua anjing yang terbiar di negeri ini. Semua anjing peliharaan turut diperintahkan untuk dikurung, divaksin, ditanda serta dilesenkan sehingga wabak ini berakhir,” katanya.

Beliau berkata anjing yang berumur tiga bulan dan ke atas perlu diserahkan untuk menjalani suntikan mencegah penyakit tersebut.

Lim turut mengingatkan orang ramai yang digigit atau bersentuhan dengan anjing liar agar mendapat rawatan segera dan melaporkan kepada pihak berkaitan.

Bilik Gerakan Jabatan Veterinar boleh dihubungi di talian 04-5041407. – BERNAMA

Baca: Gabenor Bali Arah Penduduk Bunuh Anjing Jalanan

Tags: anjing gilaPulau Pinang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd