• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribuan Peserta ‘Baju Merah’ Mula Berkumpul Di Padang Merbok

oleh Ahmad Albab
17/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peserta “Himpunan Rakyat Bersatu” mula bergerak dari pelbagai tempat pertemuan di sekitar ibu negara ke Padang Merbok, venue bagi acara berkenaan yang juga dikenali sebagai Himpunan ‘Baju Merah’.

Mereka sebelum itu berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Kompleks Kraf, Jalan Conlay.

Peserta didapati melaungkan slogan dan memegang sepanduk dan kain rentang yang menggambarkan sentimen mereka.

IMG-20150916-WA0012

Sebahagian daripada peserta dilihat memasuki kawasan Bukit Bintang, menyebabkan penutupan sementara sebuah kompleks membeli-belah di situ, sebagai langkah berjaga-jaga.

Himpunan ‘Baju Merah’ dilihat semakin disertai ramai, berikutan keadaan cuaca jerebu di ibu negara bertambah baik yang menampakkan langit cerah hari ini.

Setakat 1 tengah hari tadi, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Lumpur (Stesen Batu Muda) merekodkan bacaan IPU 82, berbanding 142, petang semalam.

BACA: AHMAD MASLAN KONVOI BERSAMA PESERTA HIMPUNAN ‘BAJU MERAH’

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang memakai baju merah menyertai perhimpunan berkenaan di PWTC dan Jalan Conlay.

Pemimpin lain yang turut terlibat ialah Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd. Ali Rustam. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ebl5O86wNJg

https://www.youtube.com/watch?v=4SMj_eAj3n8

Tags: Himpunan Rakyat BersatuPadang Merbok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Peserta Meriah Himpunan RUU 355

20/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat sekitar ibu negara tidak menghalang lebih 20,000 peserta daripada berganjak pada Himpunan Rang Undang-undang 355...

Polis Lulus Himpunan RUU355 Di Padang Merbok

15/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Polis memberi kelulusan kepada pihak penganjur Perhimpunan RUU355 untuk mengadakan perhimpunan aman di Padang Merbok, di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd