• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Lantik Pengganti Dollah Salleh Akhir Tahun Ini

oleh
15/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS lebih dua minggu berteka-teki, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya akan mengumumkan pelantikan ketua jurulatih baharu untuk pasukan kebangsaan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata, ia susulan mesyuarat Pasukan Petugas FAM – Penilaian Pasukan-Pasukan Kebangsaan di ibu pejabat badan tersebut di ibu negara pada 15 September.

FAM malah telah memutuskan untuk membuka iklan tawaran kekosongan jawatan berkenaan kepada mana-mana jurulatih asing mahupun tempatan menggantikan Dollah Salleh yang meletak jawatan pada 4 September lalu.

“Memang dari sudut tertentu, ramai yang tentu mahukan ia dalam kalangan jurulatih asing tetapi kita masih lagi bersikap terbuka. Sesiapa yang berjaya mencapai kriteria tertentu, tiada masalah untuk kita memilihnya.

“Kriteria yang kita tekankan ialah individu tersebut mestilah memiliki keupayaan dan mempunyai tahap profesionalisme yang baik,” beliau dipetik berkata dalam laman sesawang rasmi www.fam.org.my.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, sehingga tempoh tersebut, ketua jurulatih pasukan B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee akan kekal sebagai jurulatih sementara untuk skuad kebangsaan.

Sementara itu, Abdul Mokhtar berkata FAM juga akan menubuhkan satu panel pemilihan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) yang terdiri daripada pegawai MSN dan wakil FAM dalam masa terdekat.

“Ia dibentuk untuk membuat keputusan mengenai pelantikan jawatan bagi ketua jurulatih B-23 negara kerana kita tahu Kim Swee masih merupakan ketua jurulatih skuad B-23 negara sehingga kontraknya tamat Disember ini.

“Pada masa sama, beliau juga akan teruskan tugasannya selaku jurulatih sementara untuk skuad kebangsaan Harimau Malaya ketika ini sehingga tempoh berkenaan selesai juga pada hujung tahun ini.

“Dalam tempoh seminggu ini, saya akan berjumpa dengan Kim Swee untuk menjelaskan situasi ini kerana memahami beliau turut memerlukan satu keputusan pasti mengenai statusnya,” kata Abdul Mokhtar.

Mengenai status sama ada program Harimau Muda akan dikekalkan atau tidak, beliau berkata pihaknya akan membuat keputusan selepas menjalankan perbincangan dengan pelbagai pakar dalam industri bola sepak.

Ini termasuk pihak media tempatan, kumpulan teknikal (terdiri daripada bekas pemain dan jurulatih) serta tokoh akademik sukan tanah air sebelum membuat keputusan akhir pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM.

“Ia membabitkan semua program untuk pasukan Harimau Muda sedia ada iaitu yang meliputi bagi skuad B-23, B-21 dan B-19 negara,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bola sepakDollah SallehFAMOng Kim Swee
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd