• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Rakyat Bersatu: 4 Lokasi Berkumpul Baju Merah

oleh
17/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KURANG 24 jam menjelang Himpunan Rakyat Bersatu atau lebih dikenali sebagai ‘Baju Merah’, difahamkan perarakan ke tempat terakhir perhimpunan di Padang Merbok akan bermula dari beberapa tempat di ibu negara.

Menurut portal AgendaDaily, empat lokasi telah ditetapkan termasuk pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan dan Kompleks Kraf Jalan Conlay di Bukit Bintang.

Berikutan itu, pihak polis memaklumkan, lima jalan utama di Kuala Lumpur, termasuk Jalan Sultan Salahuddin dan Jalan Parlimen akan ditutup pada Rabu dari 6 pagi hingga 6 petang bergantung kepada keadaan semasa.

Pihak berkuasa bagaimanapun menghalang perarakan peserta bermula dari arah kawasan Petaling Street, Bukit Bintang dan Plaza Low Yat, yang terkenal sebagai pusat perniagaan utama masyarakat Cina di ibu negara.

Polis akan mengambil tindakan terhadap peserta Himpunan Rakyat Bersatu sebagaimana yang dilakukan terhadap perhimpunan haram Bersih jika mereka mengingkari arahan dan menyentuh sensitiviti perkauman.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan berkata polis akan memantau aktiviti perhimpunan Baju Merah anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) itu.

“Walaupun dapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis telah menentukan beberapa syarat terutama perarakan mesti tidak dicemari kain rentang  atau kata-kata kesat menyentuh sensitiviti perkauman.

“Polis akan merampas poster berkenaan. Kita akan mengambil tindakan sebagaimana yang kita ambil dalam perhimpunan Bersih,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan peserta konvoi ASEAN Ride.

Baca: Himpunan Rakyat Bersatu Diteruskan – Najib Tun Razak

Juga: Orang Ramai Diseru Sertai Perhimpunan 16 September

melayu-united

Kira-kira 30,000 peserta daripada 250 badan bukan kerajaan (NGO) dijangka menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu itu setelah DBKL membenarkan penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman itu di Padang Merbok.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa himpunan ‘Baju Merah’ bukan program UMNO sebaliknya dianjurkan oleh gabungan pelbagai NGO bagi memperlihatkan maruah tidak seharusnya dipermainkan apatah lagi dijatuhkan.

“Saya berharap mesej tersirat ini difahami oleh semua. Sebagai sebuah negara pelbagai kaum, budaya dan agama, kita harus menghormati sensitiviti antara satu sama lain,” jelas beliau yang juga Menteri Dalam Negeri.

Ahmad Zahid memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri tidak akan berada di lokasi Himpunan Rakyat Bersatu kerana kebetulan berada di Sabah untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia.

“Saya berharap perhimpunan ini tidak dikonotasikan sebagai melawan arus gelombang kuning dengan gelombang merah. Ini sekadar manifestasi bagaimana jauh di sudut hati mereka yang dicabar maruahnya mula bersuara.

“Tentunya apabila empat kali perhimpunan Baju Kuning anjuran organisasi tidak berdaftar pernah diadakan, saya fikir rakyat tidak perlu risau perarakan Baju Merah yang hanya berkumpul baharu sekali ini,” katanya.

Pada Isnin, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) selepas menilai pelbagai pendapat daripada komponen parti itu berkata perhimpunan aman itu boleh diteruskan namun perlu mematuhi undang-undang.

Najib turut mengingatkan himpunan itu seharusnya elak perbalahan yang boleh menggugat keamanan berikutan tarikh itu merupakan hari bersejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Baju MerahHimpunan Rakyat Bersatu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Direman 5 Hari Kes Ceroboh Pusat Judi Selangor

04/02/2017
0

AMPANG - Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang ditahan polis langsung di kediamannya di sini semalam...

Isu Pusat Judi Haram: Jamal Hairan Polis Kepung Rumahnya

02/02/2017
0

TERKINI: Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis di rumahnya di Ampang, 3 petang ekoran tindakan kumpulan Gerakan Baju Merah menceroboh masuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd