• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MKN Kenal Pasti Sistem Pembinaan Tembok Sempadan M’sia-Thai

oleh Ahmad Albab
15/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengkaji dan mengenal pasti sistem sesuai untuk digunakan bagi pembinaan tembok di sempadan Malaysia-Thailand bagi meningkatkan pengawasan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sebanyak 15 cadangan telah dikemukakan yang terdiri daripada dua kaedah iaitu pembinaan tembok fizikal dan penggunaan teknologi pemantauan melalui drone, satelit, dan kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi.

“Perkara ini belum diputuskan lagi oleh pihak kerajaan kerana ia melibatkan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi.

“Kita serahkan kepada MKN untuk menentukan apakah sistem yang akan diguna pakai untuk menentukan tidak berlakunya pemerdagangan manusia, (penyeludupan) senjata dan dadah antara Malaysia-Thailand,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan peserta ASEAN Ride di sini hari ini.

Semalam, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata Malaysia dan Thailand setuju membina tembok atau benteng sempadan dengan kos pembinaan dan penyelenggaraannya dibiayai secara bersama.

Zulkifeli berkata pembinaan tembok yang dijangka bermula tahun depan akan dibina atas garis sempadan kedua-dua negara dan beberapa lokasi sepanjang sempadan sudah dikenal pasti. – BERNAMA

Tags: MKNZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, penilaian pasca-latihan ketenteraan akan dilaksanakan bagi meneliti keberkesanan serta sebarang impak yang...

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd