• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Dakwa Dah Tahu Harga Petrol Akan Naik

oleh Ahmad Albab
02/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya dah sebut bahawa harga minyak akan dinaikkan sejak sebulan lalu,” dakwa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Beliau mendakwa telah tahu mengenai perkara itu dan memang menunggu masa untuk kerajaan Persekutuan mengumumkan perkara itu.

“Apa agaknya alasan kenapa harga minyak dinaikkan kali ini dalam keadaan harga minyak mentah dunia jatuh lebih 10 peratus,” dakwanya melalui akaun Facebook hari ini.

Keputusan kerajaan mengurangkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter bermula tengah malam tadi mendapat bantahan pembangkang.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagaimanapun memaklumkan kerajaan akan memastikan langkah rasionalisasi subsidi dilaksanakan dengan berhati-hati dan secara berperingkat.

Ia bagi memastikan kesan minimum terhadap ekonomi selain tidak membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

KPDNKK turut menegaskan kerajaan sedar rasionalisasi subsidi memberi kesan kepada masyarakat dan akan terus menyediakan bantuan dan insentif untuk meringankan beban terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Kata KPDNKK, salah satu langkah yang akan diambil kerajaan adalah menaikkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015. – mynewshub.cc

Tags: petrol naikRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd