• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uber, TEKS1M Bekerjasama Sempena Promosi Hari Malaysia

oleh Ahmad Albab
15/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Uber akan bekerjasama dengan pemandu Teksi 1Malaysia (TEKS1M) bersempena promosi sambutan Hari Malaysia pada minggu ini.

Dalam kempen yang dikenali sebagai #UberRakyat, langkah tersebut akan menyaksikan pemandu TEKS1M bekerjasama dengan aplikasi pengangkutan itu untuk kadar istimewa di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Uber, laluan ke Petronas Twin Towers, Petaling Street dan Lake Gardens akan menikmati diskaun sebanyak 63% pada 16 dan 17 September ini.

“Untuk dua hari… Uber Malaysia akan memperkenalkan pandangan ‘Rakyat’ yang terdiri daripada pilihan TEKS1M, Proton dan Perodua,” demikian menurut kenyataan itu.

Pengurus Besar Uber Malaysia, Leon Foong memberitahu The Star bahawa kerjasama bersama TEKS1M adalah yang pertama seumpamanya sejak aplikasi tersebut diperkenalkan di negara ini.

“Mereka (pemandu TEKS1M) sebenarnya amat berminat. Sebahagian daripada mereka pernah menjadi rakan kongsi kami sementara menunggu lesen TEKS1M yang diberikan kepada kebanyakan individu,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata Uber sedang bekerjasama dengan pemandu TEKS1M kerana beberapa pengguna menyukai pengangkutan mereka terutamanya, Proton Exora.

“Ia adalah satu penglibatan bersama yang sebenarnya berlaku disebabkan media sosial,” katanya.

Foong bagaimanapun tidak mahu mendedahkan berapa jumlah pemandu TEKS1M yang menyertai kerjasama itu. – mStar Online

Tags: Hari MalaysiaTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

16/09/2025
0

Pertama sekali, tidak ada keperluan untuk Malaysia menjadi seperti kedua negara berkenaan. Di Malaysia, secara umum semua rakyat ada kerja...

Ajal Ketika Cari Kayu Tiang Bendera Untuk Hari Malaysia

Ajal Ketika Cari Kayu Tiang Bendera Untuk Hari Malaysia

05/09/2023
0

KUCHING : Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari kayu di hutan berdekatan Jalan Airport, Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah, semalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd