• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang Rendah AirAsia Sempena Hari Malaysia

oleh Ahmad Albab
13/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia menawarkan promosi khas sempena Hari Malaysia pada 16 Sept ini dengan tambang termasuk semua daripada serendah RM45 sehala bagi tempoh penerbangan sehingga 29 Feb, 2016.

Ia adalah bagi destinasi seperti Alor Setar, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Baharu, Miri, Kuching, Tawau, Singapura, Ho Chi Minh City, Da Nang, Hanoi, Vientiane, Surat Thani, Changsha, Bangalore, Goa, Visakhapatnam dan banyak lagi.

Tambang promosi itu boleh ditempah dari 14 hingga 20 Sept di airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia di peranti iPhone dan Android, serta melalui laman mudah alih mobile.airasia.com., menurut syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat penerbangan bersekutu bagi perjalanan jarak jauhnya, AirAsia X juga menawarkan promosi tambang termasuk semua dari serendah RM299 sehala ke Perth, Osaka, Seoul dan Busan, dengan tertakluk kepada tempahan dan tempoh penerbangan yang sama.

“Kami gembira untuk meraikan Hari Malaysia bersama-sama setiap rakyat dengan menyediakan tawaran hebat bagi pelbagai destinasi menarik di dalam dan luar negara untuk pelanggan kami,” kata Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee. – BERNAMA

 

Tags: AirAsiaHari Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

16/09/2025
0

Pertama sekali, tidak ada keperluan untuk Malaysia menjadi seperti kedua negara berkenaan. Di Malaysia, secara umum semua rakyat ada kerja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd