• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dokumentari Stesen Al Jazeera Berniat Jahat – Salleh Said

oleh Ahmad Albab
12/09/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Berpegang kepada fakta apabila anda membuat laporan atau menggambarkannya sebagai fiksyen, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Mengingatkan wartawan dan penerbit dokumentari berhubung tanggungjawab mereka, beliau berkata mereka tidak harus memutarbelit fakta dan mengelirukan audiens mereka dengan dakwaan palsu dan yang tidak berasas.

“Malaysia tidak dapat bertolak ansur dengan laporan palsu, dan kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.

“Kami mahu standard kewartawanan tertinggi yang perlu dipatuhi,” katanya kepada Bernama selepas menyertai acara berbasikal Kayuhan Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia di sini pada Sabtu.

Acara berbasikal itu dirasmikan pelepasan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Ia juga bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang akan dirayakan di Padang Merdeka di sini pada 16 September.

Salleh pada Jumaat dipetik sebagai berkata bahawa semua yang dipaparkan dalam dokumentari kontroversi stesen Al Jazeera berhubung pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, adalah diolah semula.

Ia ujar beliau hanyalah ulangan daripada cerita lama dan dibentangkan seolah-olah sebagai perkembangan semasa berasaskan kepada khabar angin dan tidak berdasarkan sebarang bukti yang nyata.

Program hal ehwal semasa ‘101 East’ Al Jazeera pada Khamis mendakwa Altantuya ada hubungan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua lelaki yang didakwa membunuhnya ada hubungan dengan Najib.

Dokumentari itu mengandungi pelbagai adegan lakonan semula dengan suara latar yang memberi gambaran ia kononnya adalah bukti di mana sebenarnya adegan-adegan tersebut dimainkan oleh pelakon.

“Bagaimana mereka membuat kesimpulan bahawa adegan-adegan tersebut adalah adaptasi daripada kisah sebenar yang tidak dijelaskan. Al Jazeera malah mengakui adegan-adegan tersebut adalah lakonan semula.

“Kenapa Al Jazeera mahu putar belitkan, beberapa kisah itu semata-mata hanya pembohongan dan spekulasi yang cetus kesangsian bahawa wujud niat tersembunyi di sebaliknya,” katanya dalam blog sskeruak.blogsport.my.

Beliau berkata stesen televisyen antarabangsa itu yang memang pro-Barat nyata mempaparkan kenyataan yang diubah banyak kali oleh penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam.

Salleh turut berkata Al Jazeera juga gagal menyebut polis Perancis merakamkan kenyataan Bala di Paris serta mendapati lelaki berkenaan sebagai tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai.

Polis Perancis dalam laporannya berkata, wanita Mongolia itu mahupun Abdul Razak Baginda atau Perdana Menteri kononnya pernah memasuki negara itu dalam tempoh yang dikatakan dalam dokumentari tersebut.

Justeru, katanya ia merupakan kes klasik dengan fakta disulami dengan fiksyen dan kisah-kisah yang disebarkan.

“Fokus cerita Al Jazeera tertumpu kepada Attantuya yang merupakan seorang penterjemah untuk kontrak kapal selam, sesuatu yang tidak berlaku sebelum wanita itu dikaitkan,” katanya.

“Saya hanya boleh mengklasifikasikan laporan Al Jazeera ini sebagai nakal dan berniat jahat dengan cerita sensasi yang disajikan sebagai suatu kebenaran,” katanya.

Pada Jumaat, Pejabat Perdana Menteri mengulangi bahawa Najib “tidak tahu, tidak pernah bertemu, tidak pernah mempunyai sebarang perhubungan dan tiada kaitan apa jua dengan Altantuya”.

“Saya telah kata, dan saya akan kata sekali lagi bahawa ini adalah kes klasik fakta yang dijalin dengan fiksyen, yang lebih daripada fakta, dan cerita tersebar merata-rata yang tidak pernah dibuktikan sebagai asas laporan Al Jazeera,” kata Salleh.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, wartawan harus ingat bahawa tidak ada kebebasan mutlak media di mana-mana negara di dunia, malah di Barat. – Agensi/Mynewshub.cc

Tags: Salleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Keruak Tenang, Akur Keputusan PRU14

11/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai sesuatu ‘yang...

Berita Palsu: Salleh Bidas Sandiwara Pembangkang

04/02/2018
0

INI fakta…soal penyebaran berita palsu ini bukan hanya merisaukan mereka daripada parti pemerintah tetapi juga mereka daripada parti pembangkang. Lihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd