• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAP Pimpinan Hsien Loong Kekal Kuasai Singapura

oleh AK-47
12/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah

SINGAPURA — Keputusan tidak rasmi menunjukkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong kembali berkuasa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Singapura yang menyaksikan pertandingan dalam semua kerusi Parlimen dalam sejarah republik itu.

Parti yang telah memerintah Singapura sejak 1959 itu telah memenangi 83 daripada 89 kerusi Parlimen dalam PRU hari ini untuk meneruskan kepimpinan negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Bagaimanapun, pembangkang, Parti Pekerja (WP) pula mempertahankan enam kerusi Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya lepas pada 2011.

Ia juga ialah pilihan raya umum yang pertama selepas kematian perdana menteri pengasas Lee Kuan Yew yang meninggal dunia ketika berusia 91 tahun pada 23 Mac lepas.

Setakat pukul 1 pagi ini, lebih dua juta undi telah dikira. Pengundi yang layak mengundi ialah 2.46 juta orang.

Bagi pilihan raya umum 2015, calon dari sembilan parti politik termasuk PAP (89 kerusi bertanding), bersaing bagi 16 kerusi Kawasan Pilihan Raya Kumpulan Perwakilan (GRC) dan 13 Kerusi Pilihan Raya Kerusi Tunggal (SMC) untuk mengisi 89 kerusi Parlimen.

Lapan lagi parti ialah WP (28 kerusi), Parti Rakyat Singapura (SPP) (8), Parti Demokratik Singapura (11), Parti Perpaduan Nasional (12), Perikatan Demokratik Singapura (6), Parti Reformasi (11), Parti Warga Diutamakan (10) dan Parti Kuasa Rakyat (4).

Untuk kali pertama sejak 2001, dua calon bebas, Han Hui Hui dan Samir Salim Neji, bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.– BERNAMA

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd