• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KREN TUMBANG – 6 Jemaah Malaysia Disahkan Cedera

oleh AK-47
13/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH — Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 87 meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.

“Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.

“Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing,” katanya.

Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.

Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.

“Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.

Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidil Haram bagi menyelia keadaan jemaah Malaysia.

Syed Saleh berkata ketika ini, kawasan kejadian dikawal sepenuhnya oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata pihak TH sebelum ini turut memberikan nasihat kepada jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan sekiranya hujan atau berlaku ribut pasir.

Hujan di Makkah itu dilaporkan berlaku kali keempat dalam tempoh sebulan, dan hujan pada hari ini dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam.

Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur di talian 03-62071919 untuk sebarang maklumat lanjut.– BERNAMA

Tags: Mekah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Kren Tumbang Mekah: Kumpulan Saudi Binladin Didenda RM 23.49 Juta

Insiden Kren Tumbang Mekah: Kumpulan Saudi Binladin Didenda RM 23.49 Juta

16/02/2023
0

DUBAI: Mahkamah di Mekah mengenakan denda sebanyak 20 juta riyal (RM23.49 juta) ke atas Kumpulan Saudi Binladin dan menjatuhkan hukuman...

Jemaah M’sia Mula Tiba Di Makkah

09/06/2022
0

Bumi Makkah akan mula dikunjungi jemaah haji Malaysia secara berperingkat bermula 8 malam, waktu Arab Saudi, pada hari ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd