• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sasar Bina 70,000 Unit PPA1M Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
11/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan menyasarkan untuk membina 70,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) tahun hadapan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 30,000 unit rumah PPA1M termasuk 13,362 unit di Putrajaya sedang dalam proses pembinaan sejak projek itu dilancarkan pada 2013.

“Saya tadi baharu sahaja mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan PPA1M dan mesyuarat telah meluluskan untuk membina 70,000 unit rumah pada tahun 2016.

“Dengan melihat kemajuan projek pembinaan PPA1M, saya yakin sasaran 100,000 unit dibina menjelang Disember 2015 dapat dicapai sepertimana hasrat kerajaan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek PPA1M Larai di Presint 16, di sini hari ini.

Pada April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan bersetuju untuk membina 100,000 unit kediaman di bawah PPA1M di seluruh negara.

Dalam pada itu, Ali merangkap pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) berkata kerajaan sentiasa berusaha dengan memperkenalkan beberapa inisiatif bagi memastikan kakitangan awam dapat membeli kediaman dengan harga berpatutan.

“Kediaman PPA1M yang berkeluasan antara 1,000 sehingga 1,500 kaki persegi dijual kepada penjawat awam dengan harga antara RM150,000 sehingga RM300,000 dan di bawah nilai pasaran semasa iaitu RM700,000,” jelasnya.

Mengulas mengenai tinjauan, Ali berkata status kemajuan fasa satu projek PPA1M siap antara 20 hingga 30 peratus dan dijangka 6,000 unit siap menjelang hujung tahun hadapan. – BERNAMA

Tags: PPA1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tambah Unit PPA1M Harga RM90K-RM120K

02/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menimbang cadangan menambah projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) pada harga RM90,000 hingga RM120,000 selewat-lewatnya...

Pembinaan PPA1M Plus N.Sembilan Dimulakan

26/04/2018
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini merasmikan upacara mula kerja bagi pembinaan 360 unit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd