• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Helikopter Untuk Operasi Bencana Aset Baharu APMM

oleh Ahmad Albab
11/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan dilengkapi dengan sebuah helikopter pelbagai guna untuk operasi pengurusan bencana, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bersetuju dengan cadangan pembelian helikopter itu yang boleh digunakan dalam semua keadaan cuaca dan dianggarkan berharga RM50 juta.

“Perdana Menteri telah bersetuju secara dasarnya, jadi pembelian akan dibuat. Walaupun sekarang kita (kerajaan) menghadapi kekangan ekonomi tetapi ini keperluan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara pemakaian pangkat ke atas Ketua Pengarah APMM baharu, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar di sini, hari ini.

Katanya berbanding helikopter lain yang hanya dapat memuatkan enam hingga lapan orang sahaja dalam satu-satu masa, helikopter yang hendak dibeli ini mampu memuatkan sehingga 20 orang.

Menurutnya pembelian helikopter itu sejajar dengan keputusan Kabinet untuk meletakkan APMM dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.

Shahidan berkata APMM juga akan diperuntukkan dengan lebih banyak bot pancung untuk operasi dan rondaan di kawasan-kawasan perkampungan air di negara ini yang tidak dapat dimasuki oleh bot yang lebih besar.

“APMM sudah ada (memiliki) bot-bot pancung yang digunakan untuk membuat rondaan dan operasi di kawasan ESSCOM (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) dan kita akan menambah jumlahnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata APMM akan menggiatkan lagi usaha memperkenalkan skim Sukarelawan Maritim khususnya dalam kalangan komuniti nelayan di negara ini dengan sasaran 50,000 anggota dicapai dalam tahun ini.

Katanya skim itu akan turut diperkenalkan di peringkat sekolah menerusi penubuhan Pasukan Kadet Maritim. – BERNAMA

Tags: APMMShahidan Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd