• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawalan Ketat Di Wisma FAM Pada Mesyuarat Tergempar

oleh Ahmad Albab
12/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELANA JAYA – Keadaan di luar Wisma FAM, di sini tenang sekalipun kawalan keselamatan diketatkan dengan kehadiran anggota polis di perkarangan bangunan terbabit.

Ahli Jawatankuasa (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadakan mesyuarat tergempar, hari ini bagi membincangkan prestasi skuad Harimau Malaya dan insiden yang berlaku di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.

FAM berdepan tekanan ekoran kekalahan memalukan 10-0 dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2018/ Asia 2019 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ia diparahkan dengan insiden kekecohan yang berlaku ketika perlawanan seterusnya menentang Arab Saudi di Shah Alam yang dicetuskan kumpulan penyokong dikenali Ultras Malaya.

Ultras Malaya didakwa melakukan provokasi melampau dengan membakar mercun dan membaling suar ke arah padang selain cuba mencetus pergaduhan.

Kehadiran anggota polis di sini dikatakan disebabkan atas dasar keselamatan disebabkan penangkapan beberapa dalang kekecohan di Shah Alam itu.

Insiden yang terjadi di Shah Alam turut mencetuskan reaksi pantas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengarahkan Pesuruhjaya Sukan untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada badan induk itu.

FAM diberi tempoh 14 hari untuk membalas surat itu yang dihantar pada Rabu lalu untuk mengemukakan laporan balas.

Begitupun, andai jawapan yang diberikan tidak memuaskan, FAM tetap boleh digantung PJS yang membawa kepada risiko penggantungan FIFA kerana campurtangan kerajaan.

Begitupun, Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dikatakan tidak hadir pada mesyuarat hari ini.

Setiausaha Agung badan induk itu, Datuk Hamidin Mohd Amin juga masih bercuti. Begitupun, kedua-dua Timbalan Presiden badan induk itu, Datuk Mokhtar Ahmad dan Affandi Hamzah hadir. – BHarian Online

Tags: FAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd