PAYU DARA di bahagian belakang badan. Jangan terkejut tetapi ia dialami oleh seorang wanita apabila ketumbuhan yang menyerupi payu dara itu membesar di belakang badannya.
Wanita berusia 46 tahun itu mendapatkan rawatan di Dublin selepas berdepan dengan masalah itu sejak 10 tahun lalu.
Pemeriksaan doktor mendapati ketumbuhan tersebut adalah 19cm panjang dan 6.7cm lebar.
Pada mulanya doktor menyangka ia adalah kanser lalu mereka membuat pemeriksaan MRI tetapi ia sebenarnya merupakan ketumbuhan mengandungi sel lemak, yang dikenali sebagai lipoma.
Menurut Dr Tunde Abdulsalam yang menulis laporan dalam jurnal BMJ, ketumbuhan itu agak keras dan ini merupakan kali pertama beliau berdepan dengan keadaan tersebut.
“Jarang ketumbuhan seperti itu dibiarkan membesar dan kebanyakan pesakit akan membuangnya dengan segera atas sebab kosmetik,’’ katanya.
Jelas beliau, dalam sesetengah kes, ketumbuhan itu boleh membesar selaras dengan peningkatan BMI.
Wanita itu kini sedang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan. – MYNEWSHUB.CC
https://youtu.be/6h9E15oTvRM