• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harta Intelek Bakal Jadi Sumber Kekayaan Baharu Negara

oleh Ahmad Albab
12/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis melancarkan Pelan Hala Tuju Intellectual Property Monetisation, strategi yang dirangka bagi menjadikan harta intelek sebagai satu sumber kekayaan baharu dan mampu mentransformasikan ekonomi negara.

Beliau berkata pelan tersebut juga mampu meletakkan Malaysia bersaing dengan negara-negara maju yang lain.

“Kita perlu berdaya saing ke arah negara berpendapatan tinggi yang tidak bergantung kepada sumber-sumber tradisional dan fizikal tetapi hendaklah berasas kepada sumber kekayaan baharu seperti sumber intelektual,” katanya pada majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2015 di sini, Khamis.

Najib berkata bagi memastikan momentum kelangsungan kejayaan ini, rakyat perlu lebih berinovasi dan kreatif serta sentiasa mencipta nilai tambah untuk menghasilkan produk dan teknologi yang berimpak tinggi bagi pasaran tempatan dan global.

Perdana Menteri berkata, Malaysia, yang mempunyai kaitan budaya dengan negara-negara ASEAN, China dan India, perlu mempertingkatkan pengeksportan seni dan budaya melalui kreativiti tersendiri.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata inisiatif mmperkasakan ekosistem harta intelek negara menunjukkan keberkesanan apabila angka permohonan mencatatkan peningkatan setiap tahun, iaitu pada purata enam peratus.

Ini membuktikan harta intelek merupakan penyumbang kepada perkembangan ekonomi negara, katanya.

Susulan itu, beliau berkata kerajaan bersetuju untuk menimbang menyediakan peruntukan bagi permohonan pendaftaran harta intelek tertentu dalam usaha meningkatkan lagi bilangan permohonan.

Sebanyak 42 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan harta intelek adalah daripada kalangan pemohon tempatan berbanding dari luar negara.

Beliau turut menggesa pihak institusi kewangan untuk membangunkan kapasiti dalam menilai projek berasaskan harta intelek berikutan masalah kekurangan dana dalam kalangan pemilik harta intelek.

“Usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), bersama-sama dengan pihak berkepentingan akan menghasilkan satu ekosistem yang lebih dinamik lagi mampan, serta melahirkan satu sektor ekonomi berlandaskan inovasi dan kreativiti bagi menyokong status negara sebagai sebuah ekonomi berpendapatan tinggi,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri KPDNKK, Datuk Hamzah Zainudin. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd