• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Godam ATM: Orang Dalam Turut Disiasat

oleh AK-47
03/10/2014
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS sedang menyiasat kemungkinan pembabitan kakitangan bank dan vendor Mesin Teler Automatik (ATM) dalam kes penggodaman mesin ATM melibatkan empat buah bank di ibu negara, Melaka, Johor dan Selangor baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Jenayah Siber dan Multimedia) SAC Mohd Kamarudin Md Din berkata, polis menyiasat pelbagai aspek mengenai jenayah bersiri itu, termasuk kemungkinan pembabitan orang dalam bank.

“Bagaimanapun setakat ini polis masih belum mempunyai bukti kukuh menunjukkan penglibatan mereka dan kita sedang meneliti keterangan yang diambil daripada pengadu, pengawal keselamatan, kakitangan bank dan pihak vendor mesin ATM,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya forensik polis juga sedang meneliti kesan cap jari yang terdapat di kesemua mesin ATM itu.

Beliau berkata polis tidak lagi menerima laporan terbaharu mengenai kejadian penggodaman itu dengan kali terakhir hanya dilaporkan semalam di ibu negara melibatkan kerugian kira-kira RM92,900.

Sehingga semalam, polis melaporkan 17 mesin ATM membabitkan empat buah syarikat perbankan iaitu di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu dengan anggaran kerugian lebih RM3 juta dipercayai digodam sindiket dipercayai dari Amerika Latin.

Suspek Godam ATM
Imej suspek dipercayai warga Amerika Latin yang menggodam mesin ATM di beberapa cawangan bank tempatan yang dirakam kamera litar tertutup.

Mohd Kamarudin berkata polis juga mengadakan perbincangan dengan pihak bank baru-baru ini bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan keselamatan mesin ATM.

Sehingga semalam, polis melaporkan 17 mesin ATM membabitkan empat buah syarikat perbankan iaitu di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu dengan anggaran kerugian lebih RM3 juta dipercayai digodam sindiket dipercayai dari Amerika Latin.

Bagaimanapun, dalam kejadian penggodaman itu, tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka.

Polis mengenal pasti sindiket menggunakan kaedah menyuntik virus malware, ‘ulssm.exe’ dengan memasukkan cakera padat (CD) ke dalam pembaca cakera padat (CD-ROM) yang terdapat di dalam mesin berkenaan.

Kaedah itu digunakan bagi menipu sistem pengkomputeran bank sebelum mengeluarkan kesemua wang di dalam ATM itu menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon daripada rakan mereka. :-MYNEWSHUB.CC

 Oleh: SYA

 

Tags: Godam ATM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penggodam Mesin ATM Akan Diekstradisi Dari London

19/12/2014
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan polis London akan mengekstradisi seorang lelaki bagi membantu siasatan kes menggodam...

Kes godam ATM gemparkan pemilik akaun bank

16/12/2014
0

KUALA LUMPUR - Tahun ini negara digemparkan dengan kes penggodaman 17 buah mesin juruwang automatik (ATM) di ibu negara, Selangor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd