• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Baling Suar, Aksi Malaysia-Arab Saudi Dihentikan

oleh
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, malam ini, terpaksa ditangguhkan susulan kekecohan ditimbulkan segelintir penyokong tempatan semasa perlawanan itu sedang berlangsung.

Pengadil Liu Kwok Man dari Hong Kong terpaksa menghentikan perlawanan pada minit ke-88 berikutan tindakan liar penyokong yang bertindak membakar suar dan membaling mercun roket ke dalam padang.

Keadaan yang membahayakan keselamatan pemain dan pegawai kedua-dua pasukan itu, memaksa pegawai perlawanan mengarahkan mereka memasuki bilik persalinan masing-masing.

Dalam pada itu, jurucakap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan perlawanan berkenaan.

Sebelum perlawanan itu dihentikan, Arab Saudi sedang mendahului Malaysia 2-1.

Skuad Harimau Malaya, bagaimanapun terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-70, sebelum Taiseer Al-Jasaam menyamakan kedudukan, selang dua minit kemudian.

Arab Saudi, kemudian menggandakan jaringan menerusi tandukan yang disempurnakan Mohammed Al-Sahlawi pada minit ke-76. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=zPVmX7aAcIs

Tags: bola sepakFAMHarimau MalayaUltras Malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan penjelasan berhubung...

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd