• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kamal Hisham Tak Mengaku 6 Tuduhan Salah Guna Kuasa

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Peguam kontroversi Kamal Hisham Jaafar mengaku tidak bersalah di mahakamah Sesyen di sini hari ini atas enam tuduhan menyalahguna kedudukan selaku pengarah syarikat berhubung penyewaan ruang niaga di JB Sentral antara 2009 dan 2011.

Kesalahan itu dikata dilakukan ketika beliau pengarah Southern Ads.

Peguam berusia 45 tahun itu mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan dan dua tuduhan alternatif di bawah Akta Syarikat 1965.

Hakim Azura Alwi menetapkan Khamis (10 Sept) untuk mendengar affidavit jawapan daripada pihak pembela mengenai jaminan.

Terdahulu, sebuah panel peguam mewakili Kamal Hisham, terdiri daripada Mohd Ashram Zakaria, Muhammad Abd Kabir dan Hazza Khalid, memohon jaminan bagi pihak anak guam mereka, tetapi dibantah oleh pihak pendakwaan atas alasan Kamal Hisham pernah lari dari negara ini sebelum ini.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya dari Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia, Ku Hayati Ku Haron, dan ketua Unit Pendakwaan Johor Saiful Edris Zainuddin. – BERNAMA

Tags: pecah amanahPeguam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebahagian Besar Aset Najib Masih Dibeku, Perlu Pertimbang Pilihan Yang Ada Penuhi Syarat RM50 juta – Peguam

Sebahagian Besar Aset Najib Masih Dibeku, Perlu Pertimbang Pilihan Yang Ada Penuhi Syarat RM50 juta – Peguam

20/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar aset, akaun bank dan hartanah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak masih tertakluk kepada perintah...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd