• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Sedia Topeng Muka Untuk Pelajar

oleh Ahmad Albab
22/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Pendidikan Melaka menyediakan topeng muka di seluruh sekolah di negeri ini bagi menghadapi keadaan berjerebu, kata Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Md Rashid Hussin.

Beliau berkata langkah itu dibuat bagi menjaga kesihatan pelajar terutama bagi mereka yang mengidap penyakit saluran pernafasan dan penyakit kronik lain.

“Ibu bapa diharap tidak bimbang kerana kita telah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan dan keselamatan pelajar dalam keadaan berjerebu ini,” katanya kepada pemberita semasa meninjau perjalanan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh hari ini.

Sehingga pukul 7 pagi tadi, dua kawasan di Melaka mencacat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu Bukit Rambai yang mencatat bacaan IPU 127 dan Bandaraya Melaka bacaan 111.

Md Rashid berkata sekolah akan ditutup sekiranya IPU mencecah tahap 200 (iaitu tidak sihat) dan diarah tidak mengadakan aktiviti luar apabila IPU mencecah tahap bacaan 150.

“Jika IPU mencapai tahap bacaan 120, pelajar yang mengidap penyakit kronik dan saluran pernafasan tidak akan dibenarkan mengikuti aktiviti di luar bilik darjah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Melakapelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd