• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Man Solo’ Ditahan, 45 Kes Pecah Rumah Di Putrajaya Selesai

oleh Ahmad Albab
07/09/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kegiatan seorang individu yang digelar ‘Man Solo’ yang aktif memecah rumah di sekitar Putrajaya secara berseorangan sejak 2013 tumpas apabila dia dicekup di Kuala Lumpur pada 28 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata lelaki berumur 43 tahun itu ditahan di Jalan Ipoh Kecil setelah polis mengesannya ekoran kes pecah rumah yang dilakukannya di Presint 14 pada 14 Ogos lalu.

Kes itu melibatkan kehilangan barang kemas dan gajet bernilai kira-kira RM18,000.

Beberapa peralatan pecah rumah seperti kuku kambing, gergaji besi, pemutar skru dan kerambit dirampas dari beg sandangnya, katanya.

Beliau berkata setelah disiasat Man Solo mengaku terlibat dalam 45 kes pecah rumah di Putrajaya.

“Empat cap jarinya ditemui dalam dua kes di Putrajaya pada 2013, satu kes pada 2014 dan satu kes tahun ini. Cap jarinya turut ditemui dalam satu kejadian pecah rumah di Ampang, Selangor,” kata Rosly.

Beliau berkata sehari sebelum penahanan Man Solo iaitu pada 27 Ogos, seorang lelaki yang juga berumur 43 tahun ditahan di Jalan Batu Bata off Jalan Ipoh di Kuala Lumpur yang disyaki bertindak sebagai penjual barangan yang dicurinya.

Man Solo akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=u1e90wa8Fok

Tags: Jenayahkes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd