• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Proses Dadah Pil Kuda Di Kelantan Tumpas

oleh Ahmad Albab
06/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan melumpuhkan sindiket “Tazi Pomen” yang menjalankan kegiatan pemprosesan dan pembungkusan pil kuda berikutan penahanan enam suspek termasuk ketua sindiket itu di Kampung Kubang Laka, Peringat di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam serbuan hasil maklumat orang awam itu, polis turut menemui sebuah mesin pemprosesan pil kuda selain 1,500 gram serbuk merah yang dipercayai untuk menghasilkan dadah jenis pil kuda dan 1,286 biji pil mampat.

“Serbuk berwarna merah yang disyaki dadah jenis pil kuda itu dipercayai bekalan dari negara jiran dan diproses menggunakan mesin berkenaan untuk menghasilkan ketulan mampat yang bernilai RM326,000,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini hari ini.

Mazlan berkata mesin berkenaan dicipta dengan menggunakan bahan terbuang seperti pedal basikal serta komponen kenderaan oleh ketua sindiket yang berumur 36 tahun.

Beliau berkata hasil serbuan itu turut menemui empat laras senapang angin buatan sendiri, beberapa bilah senjata tajam dan beberapa biji peluru pelbagai jenis.

“Kita percaya senapang itu turut dijual dan mereka bukan hanya mengedar pil kuda,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut menyita dua buah kereta, tujuh buah motosikal, barangan kemas, jam tangan dan wang tunai dengan nilai keseluruhannya RM161,225.

Katanya kesemua suspek berumur antara 22 dan 36 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 , Seksyen 8 (1) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjatapi Berbahaya 1958.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Mazlan meminta kerjasama orang ramai tampil memberi maklumat sekiranya mempunyai petunjuk dalam usaha mencari dan menyelamat tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang yang hilang sejak 23 Ogos lalu.

Dalam kejadian 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Tohoi dikatakan melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd