• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Bersedekah Itu Adalah Indah Dan Penuh Keberkatan

oleh AK-47
07/09/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMALAN sedekah sangat digalakkan dalam Islam.

Selain merupakan sunnah dan amalan para sahabat, tabiat bersedekah ini mampu memberikan kesenangan dan kebahagiaan kepada pihak yang memerlukan.

Lebih-lebih lagi kepada golongan yang betul-betul memerlukan bantuan, banyak manfaat yang boleh kita perolehi dari amalan bersedekah ini.

Baru-baru ini, sebuah kisah mengenai amalan mulia ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Aizul Marcelo.

Disertakan bersama pautan video, beliau menceritakan bagaimana pengalamannya ketika membantu seorang warga emas sehingga berlaku sesuatu perkara yang beliau sendiri tidak sangkakan.

Semoga kisah yang dikongsikan memberi manfaat kepada kita semua.


Bersedekah Bahagian 1 oleh mynewshub

Ini kisah betul-betul berlaku semalam..betul2 berlaku di hadapan mata saya. selepas selesai urusan bisnes saya, saya bergegas menuju ke masjid Sultan Abu Bakar. Masjid yang pasti saya kunjungi setiap kali ke Johor bahru

selepas solat asar, saya masuk terus ke dalam kereta. Ketika sedang berbual2 dgn shbt saya @soulfiqri, cermin kereta saya diketuk oleh seorang hamba Allah berbangsa Cina.

Nyonya ni meminta ihsan saya utk mendermakan sedikit wang kepadanya, sbbnya kalau x dpt carik duit yang secukupnya, dia akan dihalau dari bilik yang disewanya skrg. memula saya rasa, nyonya nih sama spt peminta2 sedekah yang lain

tapi sangkaan meleset, nyonya nih betul2 perlukan duit utk membayar sewa biliknya. Seharian keluar, dari pagi smp ke lewat petang, dgn tak makannya lagi, dengan penat lesunya lagi, Allah, sayu benar hati saya

terus saya hulurkan sedikit wang sbg derma ikhlas utk nyonya nih. nyonya nih pon ckp, dia dah pergi ke bnyk tokong, tapi diusir, dihalau dan diherdik oleh penjaga tokong yang lain. dats y dia ke Masjid Sultan Abu Bakar

Sumpah, mengalir air mata saya dan sahabat saya. Seorang bangsa cina, kurus kering, ditinggalkan suami dan anaknya, kini hidup sebatang kara.

Saya terbayangkan, jika Ibu saya di tempat nyonya nih. mmg x smp hati. bukan duit yang menjadi ukuran, tetapi kasih sayang. nmpk di raut wajahnya, yang dia sgt sunyi. Sempat saya offer nyonya nih utk naik kreta saya utk hantar pulang ke rumah

Selesai urusan saya dgn nyonya ni, tiba2 saya dpt whatsapp dari seorang hamba allah yang pinjam duit saya yang mengatakan dia da bankin baki hutang. nak kata siket x siket, tapi cecah 5angka jugak jumlahnya.

Allah..mudahkan ? di saat saya tgh perlukan sedikit wang utk belanja2 dapur dan utilities, Allah hadiahkan sesuatu yang indah, yang lebih dari setimpal.

pulang ke kuala lumpur dgn hati yang puas

perkongsian ni bukan laa nak menunjuk saya nih baik ke apa, tapi nawaitu saya supaya lebih ramai yang bukak mata dgn konsep ‘THE POWER OF SEDEKAH”. INSYAALLAAH.


Bersedekah Bahagian 2 oleh mynewshub

Rentetan dari kisah nyonya ni, saya x smp hati. Saya pelawa dia utk hantar ke rumah. Rupanya bukan dekat ye rumah, jauh gile rupanya! Mcm mana laa org tua kurus kering mcm ni boleh ada kekuatan nk jalan kaki di bawah terik matahari. Sayuuuunya laa hai.. Hmmmm

cuba tgk reaksi muka nyonya nih tatkala saya offer dia nak naik kereta..kegembiraan yang terpancar sgt menghibakan. mungkin dia lapar, penat, panas, bila dpt masuk dlm kreta kene aircond, senyum dia tak lekang dr mulut dia..

subhanallah..

allah, mohon pnjangkan umur nyonya nih, dan limpahkan rezeki yang melimpah ruah kepadanya. ameen

perkongsian ni bukan laa nak menunjuk saya nih baik ke apa, tapi nawaitu saya supaya lebih ramai yang bukak mata dgn konsep ‘THE POWER OF SEDEKAH”. INSYAALLAAH.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Sumber: Facebook Aizul Marcelo

Tags: facebookperibadi muliateladan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd