• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Kembali Dengan Promosi 3 Juta Tempat Duduk Percuma

oleh Ahmad Albab
06/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – AirAsia kembali dengan promosi tiga juta tempat duduk percuma yang boleh ditempah mulai 7 hingga 13 September bagi penerbangan mulai 1 Mac hingga 29 Oktober 2016.

Promosi itu menawarkan tempat duduk percuma (tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan yuran lain) ke lebih 100 destinasi di 20 negara Asia dan Australia dengan pesawat AirAsia serta AirAsia X.

Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, pada tempoh permulaan 24 jam, anggota BIG AirAsia dan anggota kad ezpay AirAsia boleh menikmati penebusan penerbangan keutamaan untuk tempat duduk percuma itu masing-masing melalui airasiabig.com dan airasia.com.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh berjimat sehingga 50 peratus dan lebih apabila mereka menempah hotel dengan tempat duduk percuma melalui AirAsiaGo.com.

“Kami berbangga menjadi perintis penerbangan kos rendah dan sekali lagi kami gembira untuk menawarkan tempat duduk percuma kepada tetamu kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Teh berkata, sebagai sebuah kumpulan, AirAsia telah memperkenalkan sembilan laluan tahun ini, enam daripadanya laluan unik di mana hanya Kumpulan AirAsia mengendalikannya seperti dari Kuala Lumpur ke Pontianak, Goa, Kaohsiung, Sapporo dan Changsha.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang AirAsiaGo.com.

Promosi dan aktiviti terkini AirAsia boleh diperoleh melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia). – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd