SIAPA sangka, hanya empat bulan selepas kelahiran anak kedua mereka, pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton dilaporkan bakal menimang cahaya mata ketiga.
Berita gembira itu didedahkan oleh sumber terdekat kerabat diraja itu kepada media tempatan di Britain.
Menurut sumber itu, kandungan Kate masih lagi di peringat awal kehamilan.
Khabar kehamilan itu bagaikan dikuatkan lagi apabila isteri Putera William itu dilihat tidak hadir pada beberapa majlis perkahwinan dan pertunangan diraja yang diadakan baru-baru ini.
Menerusi Star Magazine, Ratu Elizabeth II juga dilaporkan memberi keizinan untuk Kate tidak hadir dalam majlis keramaian diraja berikutan memahami keadaan kesihatannya kini.
Difahamkan, cahaya mata ketiga Duke of Cambridge itu dijangka lahir antara akhir April atau awal Mei tahun depan.
Sementara itu, pihak Istana Buckingham masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung berita gembira tersebut.
Pasangan diraja itu mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera George yang kini berusia dua tahun serta anak kedua mereka Puteri Charlotte. – Agensi/MYNEWSHUB.CC