• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maybank Diberi Lesen Perbankan Asing Di Myanmar

oleh Ahmad Albab
01/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malayan Banking Bhd (Maybank) diberikan lesen perbankan untuk membuka pejabat cawangan di Myanmar, menjadikan satu-satunya bank Malaysia diberikan lesen perbankan asing di negara itu.

Lesen itu akan memudahkan Maybank untuk menyertai perkhidmatan yang sebelum ini disekat di Myanmar, termasuk menyediakan pinjaman kepada syarikat asing dan bank-bank tempatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Farid Alias berkata lesen itu akan terus membantu mengukuhkan kedudukan serantau kumpulan, selain keupayaannya untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lancar di seluruh Asean.

“Di masa depan, kami berharap untuk memudahkan perdagangan merentasi sempadan yang lebih baik antara Myanmar dan pasaran teras kami, serta, sub rantau Sungai Mekong besar, terutamanya di Yunnan selepas pembukaan cawangan ketiga kami di China, di Kunming.

“Sejajar dengan misi kami memasukkan unsur kemanusiaan dalam perkhidmatan kewangan, kami turut berharap dapat membentuk sektor kewangan Myanmar, dan memperkasa komuniti Myanmar untuk memacu pertumbuhan sosio ekonomi,” katanya.

Maybank, bank keempat terbesar di Asean dari segi aset, membuka pejabatnya di Yangon pada 1994, menyediakan perkhidmatan perhubungan dan khidmat nasihat.

Selama lebih 20 tahun, Maybank telah mewujudkan hubungan perbankan dengan bank-bank tempatan dan menyokong Myanmar dalam pembinaan infrastruktur dengan memanfaatkan kedudukan serantaunya dan pengukuhan pembiayaan projek.

Di masa depan, Maybank berkata ia yakin mengenai prospek ekonomi Myanmar dan akan mengambil pelbagai langkah untuk mendalami kerjasama dengan negara itu.

“Maybank akan memanfaatkan pengukuhan aset serantau dan keupayaannya untuk membantu meningkatkan pertumbuhan Myanmar di rantau ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Maybank
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank Mohon Maaf

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank Mohon Maaf

10/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggannya akibat isu yang tidak dijangka dan...

Kadar Pinjaman Maybank Naik Mulai Jumaat

Kadar Pinjaman Maybank Naik Mulai Jumaat

06/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd