• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Belasah Pemandu Bas Wanita Kerana Bunyikan Hon

oleh Ahmad Albab
07/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pemandu bas wanita di China dibelasah oleh seorang pemandu kereta hanya disebabkan wanita itu menyalakan lampu dan membunyikan hon terhadapnya dalam satu kejadian yang dirakamkan kamera CCTV pada 21 Julai lalu.

Pemandu wanita itu, Xie, sedang memandu bas di bandar Nanjing ketika kejadian berlaku dan apabila dia berhenti di lampu isyarat, seorang lelaki keluar dari kenderaannya lalu berlaku perang mulut antara mereka.

Dia turut mencederakan Xie. Selepas pusingan pertama serangan itu berakhir, lelaki berkenaan dikenali sebagai Li kemudiannya masuk ke dalam keretanya dan cuba melarikan diri.

Xie kemudiannya turun dan cuba menghalang kenderaan itu dengan berdiri di depan kereta.

Li tetap menghidupkan enjin kenderaannya dan bergerak meskipun ketika itu Xie masih berpaut pada bahagian depan kereta itu.

Apabila menyedari Xie masih berpaut dan enggan beredar, Li turun dari kereta dan sekali lagi memukul serta menendang wanita itu.

Serangan itu hanya berhenti selepas orang ramai yang lalu lalang telah masuk campur. Xie dibawa ke hospital untuk rawatan manakala Li pula ditangkap pada 22 Ogos lalu atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes pukulpemandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd