• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Malaysia Serius Banteras Rasuah

oleh Ahmad Albab
04/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia serius dalam membanteras gelaja rasuah dan ini terbukti dengan peningkatan jumlah sabitan kes, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya kadar sabitan kes oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meningkat daripada 54 peratus pada 2009 kepada 78 peratus pada 2014.

“Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), kedudukan Malaysia meningkat tiga anak tangga daripada kedudukan ke-53 daripada 175 negara pada 2013 kepada kedudukan ke-50 pada 2014. Ini merupakan kedudukan kedua terbaik dalam Asean selepas Singapura,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan berhasrat untuk melakukan usaha yang lebih baik dengan menetapkan sasaran menghuni kelompok 30 negara terbaik dalam senarai CPI menjelang 2020.

Ahmad Zahid berkata tahun lepas semakan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC) memuji usaha kerajaan dengan menyatakan Malaysia “telah menerima syor untuk amalan terbaik dalam sejumlah 23 bidang, iaitu jumlah tertinggi daripada semula negara yang disemak semula.’

Ini termasuk ketiadaan undang-undang sekatan yang membantu menghalang pesalah mengelak pendakwaan, penubuhan 14 mahkamah antirasuah di mana hakim diarah mendengar kes dalam tempoh satu tahun dan boleh dipertanggungjawabkan kerana tidak mematuhi arahan itu.

Ia juga termasuk insiatitf dalam kalangan sektor swasta untuk memerangi rasuah dengan lebih 142,000 telah menandatangani ikrar integriti korporat, kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata, ini termasuk komitmen tahap tinggi untuk membanteras rasuah di peringkat antarabangsa di mana Malaysia telah memerima pujian kerana mengambil langkah-langkah untuk mempercepatkan prosedur ekstradisi dan memudahkan syarat untuk memperoleh bukti.

“Di negara-negara yang mempunyai tahap rasuah yang tinggi, usaha-usaha untuk menangani kemiskinan dan menggalakkan pembangunan terjejas akibat gelaja ini,” katanya sambil menegaskan isu seperti itu tidak berlaku di Malaysia.

Ahmad Zaid berkata kadar kemiskinan di negara ini telah dikurangkan daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada 0.6 peratus pada 2014.

Beliau berkata Malaysia menduduki ranking ke-18 daripada 189 negara dalam laporan mudah menjalankan perniagaan pada 2015 manakala 1MD Yearbook 2015 meletakkan Malaysia pada ranking ke-14 daripada 61 negara sebagai negara paling berdaya saing.

“Kita tidak mungkin dapat mencapai keputusan ini sekiranya gelaja rasuah tidak ditangani dengan kuasa penuh undang-undang,” katanya.

Menyedari tema Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 iaitu ‘Mengakhiri Kekebalan’ yang kini berlangsung di Putrajaya, timbalan perdana menteri itu berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan ditubuhkan semula pada sidang Parlimen akan datang dan siasatan yang dijalankan oleh badan itu sebelum ini akan diteruskan.

Katanya adalah malang untuk ketua-ketua pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa (NGO) datang ke Malaysia hanya untuk diperdayakan dengan dakwaan tidak berasa yang dikitar semula dan sengaja melibatkan diri mereka dalam politik dalaman negara.

“Kami yakin akan memenangi perang menentang rasuah ini dan terus melakukan pembaharuan untuk meningkatkan integriti dan ketelusan dalam sektor awam dan swasta.

“Mereka yang didapati melanggar undang-undang akan tetap didakwa. Perdana Menteri sudah pun menyatakan ini dengan jelas…biar saya ulangi bahawa tidak akan ada kekebalan,” katanya. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd