• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lantik Semula Tun Abdullah Pengerusi IKIM

oleh Ahmad Albab
04/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju melantik semula mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkuat kuasa 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2018.

IKIM yang ditubuhkan pada 18 Februari 1992 memainkan peranan besar ke atas agama Islam di Malaysia kerana bertujuan menjelaskan kepada umum bahawa Islam agama yang mendukung kebenaran, dinamik, toleran dan mempunyai nilai-nilai murni yang bersifat universal.

Unit Perhubungan Korporat IKIM dalam satu kenyataan media memberitahu, Perdana Menteri turut bersetuju melantik Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin sebagai Ketua Pengarah IKIM yang baharu selama dua tahun berkuat kuasa pada 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2017.

“Beliau menggantikan Datuk Nik Mustapha Nik Hassan. Azizan sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah IKIM sejak 1 November 2011,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan Azizan yang mempunyai banyak pengalaman peringkat nasional dan antarabangsa mampu membantu IKIM meningkatkan kefahaman Islam kepada semua masyarakat di dalam dan di luar negara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Najib Tun RazakTun Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dokumentari Khas Tun Abdullah Akan Ditayang

Dokumentari Khas Tun Abdullah Akan Ditayang

15/04/2025
0

Kuala Lumpur: Dokumentari khas mengenai Tun Abdullah Ahmad Badawi akan ditayangkan bagi menunjukkan profil pencapaian semasa menjadi perdana menteri serta...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd