• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Dalam Kemalangan Di Lebuhraya Elite

oleh Ahmad Albab
02/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 24 tahun maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di KM 10.7 Lebuhraya ELITE dari arah USJ menghala ke Putrajaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahya Ramli berkata kemalangan yang berlaku pukul 11.15 malam itu melibatkan sebuah motosikal serta kereta Volvo dan Honda.

Katanya kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Volvo yang berada di lorong tengah, dirempuh kereta Honda yang ketika itu berada di lorong kanan menyebabkan kereta Volvo berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri bahu jalan.

“Volvo itu kemudiannya melanggar motosikal ditunggang wanita berkenaan yangberada di sebelah kiri jalan menyebabkan mangsa melanggar tembok bahu jalan sebelum tercampak ke dalam semak.

“Motosikal mangsa itu turut hangus. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala kedua-dua pemandu Volvo dan Honda berusia 26 dan 35 tahun dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mangsa, pekerja sebuah syarikat telekomunikasi, maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan, katanya.

Menurut Yahya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd