• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Inginkan Kejatuhan Kerajaan Najib

oleh Ahmad Albab
02/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pendiriannya bahawa undi tidak percaya perlu diluluskan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Salleh, Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata apa yang Dr Mahathir tidak beritahu rakyat adalah bahawa jika undi seperti itu diluluskan, bukan sahaja perdana menteri, malah kerajaan akan turut jatuh.

“Kerajaan semasa adalah kerajaan Najib Tun Razak. Apabila beliau jatuh maka kerajaannya turut jatuh. Dan itulah yang diinginkan DAP, PAS dan PKR.

“…dan nampaknya seolah-olah ini juga apa yang Dr Mahathir mahu – kejatuhan kerajaan Najib Razak,” katanya dalam catatan terkini blog beliau, sskeruak.blogspot.com.

“Sebab itu di negara lain apabila undi tidak percaya diluluskan terhadap mana-mana perdana menteri, laporan akhbar berkisar tentang kejatuhan kerajaan, bukannya tentang kejatuhan perdana menteri,” katanya.

Salleh menegaskan bahawa untuk menjayakan undi seperti itu, ia hanya bermakna Dr Mahathir terpaksa bekerjasama dengan pembangkang untuk mendapatkan sokongan mereka.

“Malah jika anda memperoleh 30 anggota Parlimen daripada UMNO atau Barisan Nasional untuk menyokong undi itu, anda masih memerlukan 100 peratus sokongan daripada anggota Parlimen DAP, PAS dan PKR untuk membolehkannya dilaksanakan,” jelas beliau.

Beliau berkata sekurang-kurangnya 112 anggota Parlimen diperlukan untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Menteri itu selanjutnya berkata kehadiran Dr Mahathir pada perhimpunan Bersih pada hujung minggu menunjukkan penentangannya terhadap perdana menteri. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd