• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Tak Pernah Titah Minta UMNO Henti Tipu Rakyat

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN negeri Johor hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang bertebaran dalam laman sosial baru-baru ini tentang titah Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar agar kerajaan UMNO berhenti menipu rakyat.

Menerusi satu siaran media, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, baginda tidak pernah bertitah sedemikian. Oleh itu, Sultan Johor menitahkan beliau menafikan kenyataan fitnah berkenaan.

“Kerajaan Negeri Johor hari ini menafikan kenyataan yang disebarkan di media sosial baru-baru ini, tentang dakwaan bahawa kononnya DYMM Tuanku Sultan Johor bertitah mengenai parti UMNO yang perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah.

“Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menegaskan Tuanku Sultan tidak pernah menulis atau bertitah sedemikian rupa.”

Lantas itu, khabar angin berkenaan disifatkan beliau sebagai satu usaha dari pihak tertentu untuk melaga-lagakan institusi Istana Johor dengan kerajaan persekutuan.

“Susulan akan dibuat bagi mengenalpasti pihak-pihak yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah itu dan tindakan perundangan akan diambil oleh kerajaan negeri.

“Kita akan dapatkan nasihat dan pandangan dari pihak Penasihat Undang-Undang Negeri berhubung isu ini.” – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Sultan Johor Tak Pernah Titah UMNO Perdaya Rakyat

Tags: fitnahJohorKerajaanKhaled NordinNajib Tun RazakSultan IbrahimSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd