• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandelela Direhatkan Daripada Kejohanan Terjun Piala Asia 2015

oleh Ahmad Albab
01/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jurulatih terjun kebangsaan Yang Zhuliang merehatkan Pandelela Rinong daripada menyertai kejohanan Terjun Piala Asia 2015 yang bermula Jumaat ini di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Zhuliang berkata beliau mengambil keputusan itu memandangkan Pandelela sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016.

“Kami ingin memberi peluang kepada penerjun lain melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Penerjun utama lain akan menyertai acara itu. Ia merupakan kejohanan penting bagi penerjun Malaysia untuk melayakkan diri ke Rio.

“Saya harap mereka akan melakukan yang terbaik, walaupun akan ada persaingan sengit daripada China dan Korea Selatan,” katanya kepada pemberita di Pusat Akuatik Nasional di sini hari ini.

Malaysia sudah mendapat dua tempat dalam sukan Olimpik itu melalui Pandelela dan Ng Yan Yee ketika mereka menyertai Kejohanan Dunia di Kazan, Rusia apabila Pandelela menang pingat gangsa dalam acara 10m platform dan Yan Yee menduduki tempat kelapan dalam acara 3m Papan Anjal individu.

Berikutan ketiadaan Pandelela, Nur Dhabitah Sabri dan Loh Zhiayi akan bertanding dalam acara 10m platform wanita.

Selain Nur Dhabitah dan Zhiayi, Malaysia akan diwakili Ooi Tze Liang, Ahmad Amsyar Azman, Chew Yiwei, Muhammad Syafiq Puteh, Traisy Vivien Tukiet, Cheong Jun Hoong, Kam Ling Kar dan Lai Pui Yee pada kejohanan Terjun Piala Asia keenam itu.

Zhuliang berkata beberapa penerjun China yang sudah melayakkan diri ke Olimpik Rio turut menyertai kejohanan ini kerana ingin mencari peluang untuk muncul sebagai juara.

Penerjun terbaik China, Tai Xiaohu dan Ji Siyu telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan itu.

Selain Malaysia, China dan Korea Selatan, lima negara lain iaitu Jepun, Indonesia, Qatar, Macau dan Uzbekistan akan menyertai kejohanan tiga hari itu. – BERNAMA

Nadi Arena: Temubual Bersama Pandelela Rinong

https://www.youtube.com/watch?v=t6XWoLnGPW8

Tags: Pandalela
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘5 Tahun Bergelut’, Pandelela Gembira Tamat Belajar Di UM

20/10/2018
0

PETALING JAYA - Dua atlet negara bakal menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya (UM) pada Selasa....

Pandelela Tarik Diri 10 Meter Platform Individu

30/08/2018
0

JAKARTA - Ratu terjun negara dan sandaran pingat pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Pandelela Rinong menarik diri daripada beraksi dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd