• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjur Bersih 4.0 Akan Terima Bil Kos Pembersihan

oleh Ahmad Albab
03/09/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menghantar bil kos pembersihan bernilai RM65,000 kepada penganjur perhimpunan Bersih 4 dalam waktu terdekat, kata Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata jumlah berkenaan adalah kos pembersihan bagi perhimpunan yang berlangsung di bandaraya Kuala Lumpur sahaja dan tidak termasuk kos kerosakan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan.

“Itu (kos kerosakan) saya serahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memberi bil (kepada penganjur Bersih).

“Selepas itu (para peserta) kencing di merata tempat seperti di pokok bunga, belakang bangunan, bawah tangga dan dalam parit. Semua akan kita bilkan dan akan buat dalam minggu ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca di sini hari ini.

Mengenai kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan Bersih itu, Abdul Rahman berkata : “Kehadiran Tun M sangat mengecewakan.”

“Saya lihat (Tun M) seorang yang sangat marah. Seorang yang marah tidak dapat berfikir dengan waras. Mungkin Tun M boleh berjumpa dengan pihak ketiga,” katanya.

Perhimpunan Bersih 4 pada Sabtu dan Ahad diisytiharkan polis sebagai haram anjuran kumpulan yang mendakwa perhimpunan itu antara lain bertujuan memperjuangkan pilihan raya yang adil serta kerajaan yang bersih. – BERNAMA

https://youtu.be/6UY_V13SWVs

Tags: Bersih 4.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arahan Menteri Haram Kemeja-T Bersih Tak Munasabah

29/08/2016
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja-T kuning Bersih...

Bersih 4.0: 19 Februari Untuk Keputusan Semakan Kehakiman

02/02/2016
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Februari ini untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd