• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Hari Kebangsaan Tarik Pelancong Asing

oleh Ahmad Albab
31/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Upacara sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini hari ini bukan sahaja menarik kehadiran warga kota dan pelancong domestik, malah pelancong asing.

Muhammet Furken Eren, 20, dari Turki, yang berada di sini sejak Khamis, berkata dia mengagumi Malaysia kerana walaupun masyarakatnya terdiri daripada pelbagai etnik, budaya dan bahasa, namun mereka mampu hidup secara aman serta harmoni dan ini menunjukkan ia sebuah negara makmur.

“Hebat sungguh apabila mendapati rakyat pelbagai etnik mempamerkan kesungguhan mereka dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

“Ia jauh berbeza dengan Hari Kemerdekaan kami, ia begitu bersemangat, berwarna-warni dan rakyat di sini pula bersopan santun,” katanya kepada Bernama selepas perbarisan dan persembahan bersempena sambutan itu.

Pelancong Jepun, Natsumi Kageyama, 23, berkata dia tiba di ibu negara pada Khamis untuk melakukan lawatan sulung ke Malaysia, terutama untuk melihat cara Malaysia menyambut hari kebangsaannya.

“Sambutannya sungguh menarik dan rakyat benar-benar mempamerkan semangat Sehati Sejiwa, yang menjadi slogan sambutan ini. Saya gembira kerana berkesempatan berada di sini untuk menyaksikan sambutan ini,” katanya.

Sementara itu, pasangan dari Britain, Graham Seabrook, 28, dan Christine McNicol, 28, pula memuji rakyat Malaysia kerana memiliki semangat patriotik yang tinggi seperti yang terpamer pada upacara sambutan Hari Kebangsaan itu.

“Walaupun berlaku beberapa kejadian tidak dijangka seperti gempa bumi serta tragedi pesawat dan malah perhimpunan Bersih 4 semalam, namun keceriaan tetap terpamer pada wajah penduduk negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hari Kebangsaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

19/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Empat negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd