• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehadiran Dr M Di Perhimpunan Bersih 4.0 Mengecewakan

oleh Ahmad Albab
25/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur semalam sebagai mengecewakan dan dikesali.

Ini kerana, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu, Dr Mahathir merupakan individu yang paling lantang menentang demonstrasi jalanan terutama ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan berlaku demonstrasi besar-besaran oleh kumpulan reformasi.

Katanya bekas perdana menteri itu menganggap kumpulan melakukan demonstrasi jalanan adalah jahat.

“Kehadiran Mahathir pada perhimpuan Bersih 4 semalam sangat mengejutkan dan mengecewakan.

“Akhirnya Tun (Dr Mahathir) sendiri dahulunya penentang kuat kepada demonstrasi jalanan akhirnya dia sendiri terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Beluran di sini, hari ini.

Ismail Sabri menegaskan, sebagai anggota UMNO, Dr Mahathir sepatutnya menghormati parti itu.

Katanya alasan bahawa beliau bersama rakyat untuk hadir di perhimpunan Bersih 4 tidak boleh diterima sedangkan UMNO mempunyai 3.7 juta ahli yang boleh beliau wakili.

“Jumlah orang ramai yang hadir di perhimpunan Bersih 4 tidak boleh dianggap mewakili suara majoriti rakyat,” katanya.

Beliau berkata sebagai anggota UMNO, Dr Mahathir perlu jelas bahawa perhimpunan Bersih 4 didokong pemimpin parti pembangkang dan beliau sepatutnya mempertahankan kerajaan dan bukannya bersama-sama dengan kumpulan yang mahu menggulingkan kerajaan secara tidak demokrasi menerusi perhimpunan haram.

– BERNAMA

https://youtu.be/bzRhM_KtA00

Tags: Bersih 4.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arahan Menteri Haram Kemeja-T Bersih Tak Munasabah

29/08/2016
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja-T kuning Bersih...

Bersih 4.0: 19 Februari Untuk Keputusan Semakan Kehakiman

02/02/2016
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Februari ini untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd