• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesir Penjarakan 3 Wartawan Al-Jazeera

oleh Ahmad Albab
30/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Mahkamah Mesir menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadap tiga wartawan Al-Jazeera kerana didapati bersalah menyiarkan berita palsu.

Keputusan terhadap wartawan berbahasa Inggeris itu disifatkan akan menyebabkan kritikan keras antarabangsa terhadap kebebasan bersuara di Mesir dan pemerintah yang diketuai Presiden, Abdel-Fattah el-Sissi.

Ketiga-tiga kru penyiaran itu akan memohon pengampunan daripada El-Sissi, yang secara peribadi menyatakan kekesalannya kerana perbicaraan kes itu mengambil masa terlalu lama sehingga merosakkan imej Mesir di mata dunia.

Al Jazeera pula bersedia untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu sebaik mahkamah memberikan keputusan penghakiman penuh dalam masa 30 hari lagi.

Warga Kanada, Mohammed Fahmy, wartawan Australia, Peter Greste dan produser warga Mesir, Baher Mohammed menyiarkan laporan mengenai konflik politik yang lebih meruncing antara Mesir dan Qatar, di mana Al-Jazeera berpangkalan susulan rampasan kuasa oleh tentera untuk menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Morsi.

Hukuman itu dikeluarkan hanya seminggu selepas El-Sissi menguatkuasakan satu undang-undang baharu antipengganas yang memperluaskan lagi definisi mengenai keganasan dan bentuk hukuman termasuk wartawan.

Greste, yang sudah dihantar balik memberitahu Al-Jazeera dari Sydney bahawa beliau percaya rayuan terhadap kes itu boleh menterbalikkan hukuman itu.

Fahmy dan Mohammed, kedua-duanya yang hadir di mahkamah semalam, terus dibawa oleh polis selepas pendengaran hukuman.

“Kami tidak melanggar sebarang undang-undang, kami tidak langsung melanggar etika, aktiviti dilarang atau tidak bermoral,” kata Greste sambil menambah kes terhadap mereka adalah jelas bermotif politik. – AP

https://youtu.be/ITtRH5bmFIs

Tags: wartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd