• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

153 Rumah Siap Dibina Di Empat Negeri Terjejas Banjir

oleh Ahmad Albab
29/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LENGGONG – Sebanyak 153 daripada 294 unit rumah sudah dibina di bawah Projek Pembinaan Semula Rumah Kekal untuk mangsa banjir di Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga Ogos ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata baki sebanyak 141 unit rumah lagi masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir November depan.

“Sebanyak 793 rumah di Kelantan masih belum dapat dibina kerana kita berdepan dengan masalah tanah yang dikategorikan sebagai tanah ragu kerana tuan tanah tidak ada bukti dari segi hak milik atau kerajaan negeri belum dapat menyediakan tanah untuk pemindahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Projek Penempatan Baharu Mangsa Banjir Kampung Padang Grus di sini, hari ini.

Pembinaan rumah kekal di kampung itu merupakan projek usahasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri dengan kerjasama Persatuan Pandu Puteri Perak.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Turut berangkat pada majlis itu Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah selaku Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Fadillah berkata bagi mengatasi masalah itu, perbincangan antara jawatankuasa bersama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri diadakan bagi mencari kaedah dalam mempercepatkan pembinaan rumah berkenaan.

“Sememangnya menjadi sasaran kita untuk menyiapkan rumah tersebut menjelang penghujung tahun ini dengan syarat isu tanah dapat diselesaikan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Fadillah berkata kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM800 juta untuk membaiki kerosakan infrastruktur seperti sekolah, hospital dan jalan raya akibat banjir akhir tahun lepas.

Daripada jumlah itu, beliau berkata kementerian diperuntukkan sebanyak RM383.6 juta bagi membaiki jalan raya, jambatan serta cerun yang rosak di seluruh negara.

Dalam pada itu, Fadillah berkata sejumlah 1,982 unit rumah telah dikenal pasti terlibat dalam bencana banjir itu.

“Daripada jumlah itu, 1,409 unit rumah akan dibina semula oleh kerajaan Persekutuan manakala 573 unit pula dibina oleh kerajaan negeri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata peruntukan tambahan sebanyak RM174 juta di bawah Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara juga disediakan bagi pembinaan semula rumah mangsa banjir yang musnah dan rosak teruk akibat bencana itu. – BERNAMA

 

Tags: Fadillah YusofRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd