KUALA LUMPUR – “Kita perlu bela cendekiawan berani seperti Dr Abdul Aziz Bari,†dakwa Ketua Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Beliau mendakwa mengenali rapat Abdul Aziz dan menyifatkan lelaki itu sebagai individu yang berani dan sering mengkritik.
Malah, katanya, beliau sendiri pernah dikritik oleh Abdul Aziz tetapi berdasarkan konsep keilmuan.
“Saya kenal rapat dengan Prof Dr Aziz Bari, kadang-kadang beliau kritik saya.
“Tetapi kritikan itu berdasarkan ilmu dan kepakaran beliau. Kita perlu bela cendekiawan berani seperti mereka,†katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Portal berita pro-pembangkang semalam melaporkan penganalisis Perlembagaan, Abdul Aziz Bari menjadi ahli akademik kedua yang disiasat bawah Akta Hasutan.
Menurut portal berita terbabit, Abdul Aziz akan merekodkan kenyataannya di Balai Polis Sabak Bernam berikutan isu jawatan Menteri Besar Selangor.
Sebelum ini, Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Azmi Sharom disiasat berhubung kenyataannya mengenai krisis Perlembagaan di Perak.
Abdul Aziz pula akan disiasat berhubung kenyataannya mengenai Sultan Selangor berikutan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor. – mynewshub.cc

