• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Nigeria Dalangi Sindiket Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
28/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi warga asing selepas menahan empat lelaki dalam tiga serbuan berasingan di Lembah Klang semalam.

Dalam operasi yang bermula pukul 2 pagi dan berakhir pada 12 tengah hari itu, anggota dari Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) merampas 58 ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja seberat 56 kilogram bernilai RM500,000.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata mereka yang ditahan ialah tiga warga Nigeria berusia antara 24 dan 34 tahun serta seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun.

“Dlam serbuan pertama, kita berjaya tahan tiga warga asing di sebuah rumah di Cheras yang soal siasat membawa kepada penemuan ganja yang disimpan oleh kumpulan ini.

“Mereka menyimpan ganja berkenaan di dalam but kereta yang diletakkan di sebuah apartmen di Puchong. Kemudiannya anggota kita menahan seorang lagi suspek warga tempatan di Sungai Way,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Mohd Dzuraidi berkata siasatan awal mendapati dua daripada lelaki warga Nigeria yang ditahan itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah tetapi telah tamat tempoh.

“Seorang lagi rakan suspek pula tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Menjelas lanjut, beliau berkata kumpulan itu beroperasi sejak enam bulan lepas dan bekalan ganja yang dirampas adalah untuk pasaran di Lembah Klang.

“Kumpulan ini memperoleh bekalan dadah daripada negara jiran dan kita percaya lelaki tempatan menjadi ‘keldai’ di mana dia diupah untuk membawa bekalan dari sempadan negara ke Kuala Lumpur,” katanya.

Mohd Dzuraidi berkata kesemua suspek direman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata dalam tempoh Januari sehingga 26 Ogos lepas, seramai 346 orang warga asing telah ditahan atas kesalahan mengedar dadah. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=D5jVUGT1cOY

Tags: warga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd