• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teman Lelaki Wartawan Ditembak Mati Luah Rasa Kecewa

oleh AK-47
27/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMAN lelaki Allison Parker, Chris Hurst, wartawan yang ditembak mati ketika sedang bersiaran langsung di saluran TV WDBJ yang berpangkalan di Virginia, Amerika Syarikat meluahkan perasaan sedih dan kecewa di atas insiden yang mengorbankan kekasihnya itu.

Video: Wartawan Dan Jurukamera Ditembak Ketika Siaran Langsung

Hurst, yang juga merupakan wartawan di saluran televisyen sama, mengatakan malam semalam merupakan kali terakhir dia berkomunikasi dengan mendiang yang mana Parker, 24, ada mengirimkan kiriman pesanan ringkas yang berbunyi ‘good night sweet boy‘.

WDBJ7 news anchor Chris Hurst pauses as he is overcome with emotion while holding a photo album that was created by fellow reporter and girlfriend Alison Parker, in Roanoke, Va., Wednesday, Aug. 26, 2015. The shooting of a television reporter and a cameraman unfolded on live TV before an audience of tens of thousands on the smaller market central Virginia television station. (Erica Yoon/The Roanoke Times via AP) LOCAL STATIONS OUT; LOCAL INTERNET OUT; LOCAL PRINT OUT (SALEM TIMES REGISTER; FINCASTLE HERALD; CHRISTIANSBURG NEWS MESSENGER; RADFORD NEWS JOURNAL; ROANOKE STAR SENTINEL; MANDATORY CREDIT MAGS OUT/ NO SALES
Chris Hurst meratapi kematian kekasihnya, Allison Parker.

Pasangan wartawan itu mula berpacaran pada 1 Januari tahun ini dan baru sahaja mengambil keputusan tinggal serumah malah mereka juga sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Hurst, 28, turut menceritakan jadual kerjanya yang mana dia bekerja syif petang dari jam 6 hingga 11 malam manakala Parker pula masuk bekerja pada syif 3.30 pagi.

parker2
Pasangan wartawan ini sudah 9 bulan berpacaran dan dikatakan sudah merancang untuk berkahwin dalam jangka masa terdekat.

“Pagi tadi (hari kejadian) Parker bangun lebih awal daripada kebiasaannya kerana dia ada tugasan di Smith Mountain Lake. Saya buatkan dia bekalan sarapan dan makanan tengahari dan juga menghantarnya ke tempat tugasan.

“Saya ada satu tabiat yang mana saya pasti akan menunggu teks pesanan daripadanya, hanya untuk memastikan dia sudah selamat sampai ke tempat kerjanya.

“Jadi, good nigt, sweet boy adalah merupakan ucapan terakhir yang dikirimkannya kepada saya,” katanya yang mengetahui tragedi itu menerusi panggilan telefon daripada majikannya pada jam 7 pagi.

Dia diminta bergegas ke tempat kejadian sebaik insiden itu berlaku oleh pihak atasan syarikatnya. –

Dalam kejadian itu, Parker maut di tempat kejadian bersama-sama jurukamera, Adam Ward, 27, ketika sedang bersiaran langsung dalam rancangan pagi stesen tv terbabit.

Pembunuhan mereka dikatakan bermotifkan dendam seorang bekas pekerja syarikat penyiaran sama yang dipecat dua tahun lalu, Vester Lee Flanagan II, 41.

Flanagan dikatakan berdendam dengan kedua-duanya yang dikatakan bersikap perkauman terhadap dirinya sepanjang berkhidmat di sana. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amerika Syarikatkematian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd