• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi TH Ziarah Waris Jemaah Haji Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
27/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pagi ini menziarahi kediaman Allahyarham Hamidah Abd Ghani, 64, jemaah dari Malaysia yang meninggal dunia di Madinah semalam.

Abdul Azeez berkata Allahyarham yang berlepas pada 4.30 petang Rabu lepas disahkan meninggal dunia pada 8.24 pagi waktu tempatan hari yang sama di Hospital King Fadh.

“Pihak pengurusan TH di sana telah menguruskan jenazah dengan menyembahyangkannya di Masjid Nabawi sebelum disemadikan di Baqe’ Masjid Nabawi.

“Insha-Allah kami akan teruskan badal haji untuk Allahyarham. TH juga akan menguruskan untuk membawa balik barang-barang arwah sehinggalah kepada pemberian sijil kematian,” katanya kepada pemberita di kediaman Allahyarham di Taman Melur, Ampang di sini.

Abdul Azeez berkata Hamidah merupakan jemaah kedua yang meninggal dunia di Madinah pada musim haji kali ini.

Anak sulung Allahyarham, Saiful Faizal Ahmad Suhaibi, 41, berkata beliau dimaklumkan mengenai kematian itu melalui panggilan telefon daripada kakitangan TH di Madinah sebelum 7 malam semalam.

“Saya tak dapat ‘gambaran jelas’ mengenai apa yang berlaku ketika itu. Apa yang kakitangan TH beritahu, mak saya dibawa ke pusat kesihatan di sana dalam keadaan lemah dan sesak nafas.

Disebabkan faktor kesihatannya yang semakin membimbangkan, mak saya kemudian dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya yang reda dengan pemergian ibunya.

Saiful Faizal berkata ibunya memang mempunyai penyakit lemah jantung, diabetes dan darah tinggi, namun dalam keadaan sihat semasa berlepas Rabu lepas.

Allahyarham meninggalkan empat anak dan lima cucu. – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd