• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amerika Syarikat Catat Kes Pertama Ebola

oleh Ahmad Albab
01/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALLAS – Seorang pesakit yang baharu pulang dari Liberia disahkan sebagai kes pertama Ebola di Amerika Syarikat.

Pegawai Kesihatan Persekutuan berkata lelaki yang tidak dinamakan itu kini dalam keadaan kritikal dan diasingkan di Hospital Kesihatan Presbyterian sejak Ahad lalu. Mereka tidak mendedahkan kewarganegaraan atau umurnya.

Pihak berkuasa mula membuat mencari anggota keluarga dan rakan yang mungkin mengadakan perhubungan rapat dengannya dan menghadapi risiko untuk jatuh sakit. Bagaimanapun setakat ini tiada kes lain yang disyaki di Texas.

Pengarah Pusat Kawalan dan Perlindungan Penyakit, Tom Frieden berkata lelaki terbabit meninggalkan Liberia pada 19 September lalu, tiba untuk menziarahi saudara maranya di sini dan mula jatuh sakit empat atau lima hari kemudian.

Frieden berkata setakat ini tiada maklumat jelas bagaimana dia dijangkiti dengan Ebola.

Katanya, penumpang lain dalam penerbangan bersamanya juga tidak menghadapi risiko jangkitan kerana ketika itu dia tidak menunjukkan sebarang simptom Ebola.

Simptom Ebola meliputi demam, sakit otot, muntah dan perdarahan, dan keadaan ini boleh berlarutan sehingga 21 hari selepas terdedah kepada virus berkenaan. Penyakit itu tidak mudah berjangkit sehingga ia menunjukkan simptom, dan ia memerlukan perhubungan rapat dan cecair daripada tubuh badan untuk merebak.

Presiden Barack Obama dimaklumkan mengenai kes pertama ini menerusi panggilan telefon oleh Frieden.

Sebelum ini empat pekerja bantuan Amerika Syarikat yang dijangkiti di Afrika Barat diterbangkan balik ke Amerika untuk rawatan selepas mereka jatuh sakit. Mereka dijaga di pusat pengasingan di hospital Atlanta dan Nebraska. Tiga sudah pun pulih.

Seorang doktor yang terdedah dengan virus berkenaan di Sierra Leone juga diletakkan di bawah pemerhatian di pusat sama di Institut Kesihatan Nasional. – AP

Tags: Amerika SyarikatEbola
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd