• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahasiswa Lawan Kerajaan Pejuang Negara! – DAP

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti DAP menganggap pelajar-pelajar universiti yang berani menentang kerajaan seperti dilakukan sekumpulan mahasiswa di Parlimen baru-baru ini sebagai pejuang negara.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan Pemuda DAP, Steven Sim Chee Keong berkata, mahasiswa terbabit adalah pejuang negara yang sedang menentang `penjajah’ berkulit sama.

“Saya menyokong sepenuhnya pergerakan mahasiswa yang telah mendahului dalam perhimpunan Bersih 4.0.

“Saya mengalu-alukan kehadiran anak-anak muda ini di Parlimen. setiap warga Malaysia berhak berhimpun di mana-mana tempat awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Chee Keong memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak mengasari pelajar-pelajar universiti terbabit kerana mereka sedang menentang `penjajah’.

Beliau turut memberi peringatan kepada pihak Universiti supaya jangan menjadi pencacai kepada rejim kerajaan Malaysia waktu ini.

“Tiada makna merdeka jika rakyat masih dikongkong oleh `penjajah’ berkulit sama.Ayuh anak muda, bangkit dan jadi rakyat merdeka,” katanya.

Perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini dilihat ramai pihak sebagai usaha terdesak pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasakan hak asasi secara melampau untuk melumpuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran.

Bersih 4 juga dipercayai memperjuangkan agenda ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membebaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada penjara. – mynewshub.cc

 

Tags: DAPpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd